Pages

Thursday, January 28, 2021

Rancang Tabung Pendidikan Untuk Anak

Pendidikan yang sempurna adalah hadiah yang terbaik buat anak. Mereka memerlukan pendidikan sebagaimana juga kita yang mempunyai pendidikan.

Oleh sebab itu ramai ibu bapa memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Contoh paling mudah kita boleh lihat trend ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen yang mahal-mahal demi memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna.

Namun sebagai ibu bapa tahukah anda bahawa kos pendidikan saban tahun semakin tinggi? Tahukah anda kos yang perlu ditanggung jika anak anda mendapat tawaran belajar di luar negara?

Lupakan PTPTN, kita bercakap soal pendidikan anak yang mana itu adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menanggungnya. Namun jika anda berkeras mahu anak anda mendapat PTPTN, tahukah anda berapa ramai graduan di luar sana yang masih belum dapat pekerjaan dan hidup mereka dibelengu hutang PTPTN?

Bukankah lebih baik jika anda menyediakan tabung pendidikan untuk anak anda daripada kecil lagi dan apabila mereka mahu melanjutkan pelajaran kelak wang takaful pendidikan yang akan membantu. Bukankah itu langkah bijak?

Jadilah ibu bapa bijak yang tidak bergantung kepada tabung PTPTN kerajaan, jika anda mampu untuk tidak bergantung kepada 'tabung kerajaan' anda sebenarnya ibu bapa yang prihatin berkenaan masa depan anak anda.

Rancang tabung pendidikan mereka sekarang. Mulakan seawal mereka lahir lagi.

No comments:

Post a Comment