Pasti kita pernah melakukan kesilapan apabila merancang kewangan. Tidak kira sama ada kewangan keluarga ataupun individu.
Apa yang mustahak ialah kita dapat belajar daripada kesilapan itu dan perbaikinya.
Sebab itulah orang yang berjaya keluar daripada masalah kewangan tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi.
Tetapi mereka yang terus melakukan kesilapan dalam merancang kewangan akhirnya mendapat musibah dan bencana wang.
Kita ambil contoh mereka yang membeli kereta melebihi kemampuan gaji.
Banyak anak muda di luar sana yang terperangkap dengan hutang kereta akibat daripada gaji mereka tidak mampu membayar installment kereta apabila diminta oleh bank.
Kereta yang mereka beli pula sudah tentu jenama luar negara.
Akibatnya mereka tiada simpanan kecemasan sekiranya berlaku apa-apa musibah kepada diri atau keluarga mereka.
Akibatnya mereka tidak mampu untuk sediakan tabungan perlindungan kepada anak kecil mereka.
Akibatnya mereka tiada perlindungan pendapatan seperti takaful yang sangat penting sebagai hibah atau pengganti gaji mereka.
Akibatnya tiada tabungan untuk menunaikan haji.
Akibatnya mereka sukar membuat pelaburan saham, hartanah, membeli aset dan sebagainya.
Akibatnya rumah tangga yang dibina dengan indah akhirnya menjadi neraka rumahtangga.
Rugi bukan?
Sebenarnya solusi yang perlu diambil segera ialah kereta itu mesti dijual.
Jika tidak mahu jual juga kita boleh buat side income lain untuk tambah pendapatan supaya kita dapat bayar kereta itu tanpa menjejaskan duit gaji kita.
Jika kereta itu tidak mahu dijual kita boleh tukar kereta lain yang lebih mampu milik. Biar sepadan harga kereta itu dengan gaji kita.
Pedulikan gosip orang lain apabila kita mahu berubah. Jika kita malu dan masih mahu menjaga gaya hidup biar papa asalkan bergaya percayalah musibah yang lebih besar sedang menanti.
Kereta mesti dibeli sepadan dengan gaji yang kita dapat. Jika gaji kita kecil tidak salah untuk beli kereta kancil atau viva dahulu. Apabila gaji sudah naik sedikit demi sedikit barulah kita upgrade kereta idaman. Peduli apa yang orang gosip berkenaan kereta apa yang kita pakai sebab 'cuma diri kita yang tahu status kewangan diri kita'.
No comments:
Post a Comment