Pages

Thursday, January 28, 2021

Contoh Skrip Prospek Takaful

 Azam : Assalamualaikum, saya Azam bercakap(Azam ialah agent takaful), boleh saya bercakap dengan Tuan Azlan (contoh nama prospek ialah Tuan Azlan)

Tuan Azlan: Ya saya bercakap.

Azam: Adakah ini masa yang sesuai untuk bercakap?

Prospek: Jawapan (Ya)

Azam: Sambung untuk bercakap. Gunakan nama rujukan jika ini adalah nama prospek yang dirujuk.

Contoh...

Baru-baru ini saya ada berkongsi perkara yang menarik dengan .........dan ........sangat tertarik dengan perkara yang saya kongsikan. ...........saya merasa mungkin Tuan Azlan juga akan tertarik dengan perkara yang bakal saya kongsikan nanti.

Tuan Azlan, mengikut jadual dan persekitaran Tuan Azlan, bilakah masa yang sesuai untuk kita berjumpa?

Saya mahu jumpa tuan Azlan pada hari sabtu jam 9 malam di sidewalk cafe seksyen 7 atau pada hari ahad jam dan lokasi yang sama. Yang mana Tuan Azlan free?

Tuan Azlan: Masih berkira-berkira memberikan jawapan.

Azam: Terima kasih.

Nota: Skrip ini adalah contoh yang anda boleh gunakan untuk mengadakan temujanji dengan prospek. Cuba sesuaikan dengan skrip anda sendiri dan berlatih untuk telefon prospek dengan kerap. Jangan baca skrip semasa menelefon prospek. Cuba bertenang dan gambarkan perkara yang menarik semasa bercakap (contohnya gambarkan yang anda sedang bercakap face to face bersama prospek dengan tenang)

Panduan ringkas.....

Langkah 1 : Memberi salam

i: Assalamualaikum

ii: Selamat pagi

Langkah 2: Memperkenalkan diri

i: Perkenalkan diri

ii: Sebut nama anda dengan tertib dan jelas

Langkah 3: Minta kebenaran

i: Minta kebenaran dengan orang yang anda ingin bercakap

ii: Adakah ini masa yang sesuai bercakap

iii: Minta untuk berjumpa/temujanji

No comments:

Post a Comment