Pages

Thursday, January 28, 2021

Apakah Fungsi Takaful Dalam Kehidupan

 1. Tujuan takaful adalah untuk melindungi sumber pendapatan kita apabila kita ditimpa musibah atau kemalangan yang menyebab sumber pendapatan kita terjejas.

2. Contoh paling mudah katakan kita kemalangan lalu tangan kita kudung atau cacat kekal maka sudah tentu kita tidak lagi mempunyai sumber pendapatan. Syarikat kita bekerja pula hanya berikan kita enam bulan cuti dan apabila cuiti kita habis kita diberhentikan kerja kerana tidak lagi dapat menyumbang apa-apa kepada syarikat.

3. Jika syarikat tempat kita bekerja memberi perlindungan takaful itu adalah perkara yang sangat baik. Namun kita perlu tahu adakah perlindungan yang diberikan syarikat mencukupi? Di Malaysia banyak syarikat kecil dan ada syarikat yang tidak memberi perlindungan takaful yang secukupnya kepada staf mereka. Jadi bersediakah kita apabila perkara luar jangka tiba-tiba menimpa diri kita?

4. Polisi asas yang anda perlu ada ialah polisi persoanal accident untuk melindungi pendapatan anda, lagipun polisi ini murah dan berbaloi dengan kerjaya anda yang memang seringkali menggunakan kenderaan untuk bekerja.

5. Polisi perlindungan kesihatan perlu ada (medikal kad) perlu ada sekiranya anda ditimpa penyakit anda boleh terus ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan terbaik

6. Lihat semula polisi takaful yang anda ada. Adakah ia mencukupi? Atau adakah anda sehingga sekarang memang langsung tiada apa-apa polisi takaful? Jika anda masih tidak dilindungi anda perlu fikir semula.

7. Jika anda mahu kami melakukan konsultansi takaful secara percuma kepada anda mohon anda hadir ke Agensi Ahmad Sarafi Seksyen 3 Shah Alam dan kita boleh berbincang apakah polisi terbaik untuk masa depan anda dan keluarga anda. Terima kasih.

Sudahkah anda bersedia jika perkara ini berlaku kepada anda? 



No comments:

Post a Comment