Apabila ditanya kepada kakitangan kerajaan adakah mereka memerlukan kad perubatan atau medikal kad selalunya jawapan yang diberikan ialah 'saya tidak mahu kerana saya sudah ada Guarantee Letter untuk hospital kerajaan.
Sebenarnya memang kakitangan kerajaan mempunyai kelebihan kerana mereka dilindungi oleh Guarantte Letter tersebut tetapi mengambil kad perubatan atau medikal kad adalah langkah terbaik kerana banyak faktor yang boleh menyokong pendapat ini.
1. Salah satunya ialah selalunya mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan tinggal di kawasan yang jumlah penduduknya tinggi dan padat.
Jadi hospital kerajaan yang terdapat di situ cuma ada sebuah sahaja. Jadinya di kawasan bandar tersebut sudah tentu hospital kerajaan sangat sesak dengan pesakit dan pesakit pula perlu menunggu dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan rawatan atau konsultansi daripada doktor.
Berbeza dengan hospital swasta, terdapat banyak sekali hospital swasta di bandar seperti Hopsital Pusrawi, Hospital Prince Court, Hospital Columbia dan pelbagai lagi hospital swasta yang lain.
2. Kos hospital swasta lebih mahal tetapi datang dengan servis yang lebih baik. Bukanlah statement ini mahu mengatakan servis di hospital kerajaan tidak bagus malah hospital kerajaan sangat bagus sebab banyak pakar kesihatan dalam hospital kerajaan.
Jika kita lihat jika pesakit admit di hospital swasta mereka sangat suka berada lebih lama dalam hospital kerana fasiliti yang selesa.
Lagi lama tinggal di hospital pihak hospital lagi suka sebab mereka dapat keuntungan daripada syarikat takaful yang cover diri kita sebaliknya di hospital kerajaan apabila kita admit sahaja di wad pihak hospital sebolehnya mahu kita keluar lebih cepat sebab ramai lagi pesakit yang mahukan servis rawatan di hospital kerajaan.
Di hospital swasta kita boleh pilih bilik yang kita inginkan. Bilik untuk tidur sekali empat orang pun boleh, bilik berdua pun ada malah untuk seorang diri pun banyak.
Selesa dan bila-bila masa sahaja pelawat boleh datang untuk melawat kita yang sakit. Tidak lupa untuk bilik yang berstatus premium pun ada.
Sebab itu mereka yang ada duit lebih sukakan keselesaan. Tetapi untuk kita yang bergaji sederhana kita masih boleh dapat bilik yang selesa dengan mempunyai kad perubatan.
Kad perubatan pun bukannya mahal sampai beribu ringgit sebulan. Serendah RM150 sebulan pun ada untuk kita dapatkan rawatan di hospital swasta yang selesa.
Kita tidak tahu bila kita akan jatuh sakit. Jadi kad perubatan inilah kawan baik kita yang boleh menampung kos rawatan beribu ringgit kita suatu masa nanti.
Sangat mustahil jika kita hidup selama 60 tahun kita tidak pernah jatuh sakit.