Pages

Tuesday, January 25, 2022

Orang Yang Main Stranger Dia Warrior

Kepada anda yang mencari client dengan cara mencari pelanggan takaful di kalangan stranger anda perlu mencari sasaran pelanggan yang anda targetkan.

Bermakna golongan ini memang anda tidak kenal tetapi mereka memakai 'baju' yang sama.

Contohnya golongan rider. Sekarang ada rider foodpanda dan grabfood yang anda boleh jumpa di banyak mall atau lokasi kedai makan.

Ingat anda approach mereka dengan harapan mereka reject anda. Lagi banyak anda kena reject lagi bagus sebab anda sedang menghadapi proses rejection.

Skrip untuk rider sangat mudah. Mereka start sahaja motosikal mereka sudah terdedah dengan risiko kemalangan. Jadinya anda boleh buat banyak skrip untuk mereka.

Jadi berani, 

Target masa anda. Katakan dalam masa 10 minit anda boleh approach 5 orang stranger dan dan semua menolak.

Teruskan kepada target seterusnya. Katakan dalam masa sehari jumlah stranger yang anda targetkan ialah 20 orang. Jadi bekerja ke arah itu.