Sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal maka seseorang yang mengambil polisi takaful pasti lega kerana mereka sudah bersedia menghadapi malapetaka kewangan.
Sebaliknya apabila berlaku kepada keluarga yang belum mengambil polisi takaful jika perkara ini berlaku maka mereka terpaksa mencari wang sendiri, bergolok bergadai, cagarkan rumah dan sebagainya.
Sudah tentu apabila perkara yang tidak diigini berlaku seseorang tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan maka pendapatan pun berhenti. Seterusnya bagaimana waris mereka mahu meneruskan kehidupan?
Sebab itulah mereka yang mencarum polisi takaful memahami fungsi takaful ialah bersedia dengan sebarang tragedi seperti yang ditulis di atas dan fikiran mereka sentiasa memikirkan keselesaan kewangan keluarga mereka jika mereka ditimpa musibah.
Sekurang-kurangnya carumlah 6% daripada gaji bulanan kita di syarikat takaful.Dengan nilai inilah waris kita akan dapat pampasan yang selesa sekiranya kita meninggalkan mereka lebih awal. Sekiranya kita mampu, caruman sebanyak 10% boleh dilakukan untuk mendapatkan nilai coverage yang lebih tinggi.
Katakan gaji anda ialah RM3000,
Maka darab sahaja RM3000 X 6% iaitu caruman sebanyak RM180 sahaja sebulan.
Dengan caruman sebanyak RM180 anda berjaya dapatkan nilai coverage atau pampasan yang tinggi sekiranya anda ditimpa malapetaka.
Kita sediakan payung sebelum hujan.